FAUZI DIKECAM, DIDAKWA ‘ACAH-ACAH’ PENTING HIBURKAN PEMINAT

FAUZI DIKECAM, DIDAKWA ‘ACAH-ACAH’ PENTING HIBURKAN PEMINAT

“Penatlah tengok artis acah-acah galas tanggungjawab besar dan banyak berjasa kepada masyarakat umum. Maaf, pak cik staff pembersihan lagi berjasa.”

“Rakyat tengok drama atau filem di televisyen bukan 100 peratus percuma. Kami tengok iklan dan beli barang yang diiklankan. Duit itu pusing balik sebagai dana buat drama. Jadi, kami tidak hutang satu sen pun.”

“Tak siapa suruh hiburkan sesiapa. Pelakon buat semua dapat duit, bukan percuma untuk hiburkan orang. Berlakon bukan kerja kebajikan.”





“Jadi selebriti, automatik perlu signed pakej kena hencap. Tentulah benda tu tak adil sebab selebriti pun manusia juga, tapi nak buat macam mana… dah kamu pilih jalan untuk hidup dalam dunia glamor, nak satu dunia kenal kan, jaga diri kamu sajalah,” demikianlah komen-komen netizen yang tampil membidas kenyataan pelakon Fauzi Nawawi yang membincangkan mengenai cabaran bergelar anak seni yang sentiasa menerima kecaman daripada peminat.

Ramai netizen menyatakan bidang lakonan merupakan kerjaya buat mereka yang bergelar selebriti selain dibayar gaji yang tinggi. Berikutan itu, istilah ‘menghiburkan’ dilihat seperti tidak relevan kerana penggiat seni dibayar untuk muncul di kaca televisyen serta penonton seolah ‘membayar’ sebarang hiburan yang mereka ingin nikmati.

Semalam, Fauzi ada menganjurkan siaran langsung di media sosial Instagramnya bersama pelakon Jasmin Hamid dan juga Hafeez Mikail. Dalam sesi IG Live tersebut, Fauzi ada menyampaikan pesanan khas buat orang ramai di luar sana agar sentiasa menjaga adab apabila berbicara dengan artis berikutan penggiat seni hanyalah bekerja untuk menghiburkan peminat.

Ujar Fauzi lagi, dia telah berdepan pelbagai suka duka bergelar anak seni dan sepatutnya peminat perlu memberi sedikit ruang untuk mereka ‘bernafas’. Namun begitu, kenyataan Fauzi itu telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen dan dilihat seperti ‘memakan diri sendiri’.





Dalam pada itu, terdapat juga peminat yang menyokong kenyataan Fauzi dan meminta para artis supaya sentiasa bersabar kerana kritikan dan kutukan adalah seperti asam garam apabila sudah bergelar selebriti.

FAUZI DIKECAM, DIDAKWA ‘ACAH-ACAH’ PENTING HIBURKAN PEMINAT


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/bila-zizi-kirana-dilarang-suami-buat-kerja-kerja-berat/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker