Guru di Ukraine diwajibkan suntikan vaksin COVID-19

Guru di Ukraine diwajibkan suntikan vaksin COVID-19
Guru sedang mengajar di Ukraine. – Foto @UNICEF

Guru di Ukraine diwajibkan suntikan vaksin COVID-19

KIEV: Kerajaan Ukraine mewajibkan guru dan sebahagian kakitangan awam mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi melindungi kesihatan penduduk di negara itu.

Arahan dikeluarkan ketika negara itu berdepan dengan peningkatan kadar tinggi jangkitan coronavirus dan masalah kelambatan vaksinasi ke atas penduduknya.

Pihak berkuasa di negara bekas Kesatuan Soviet itu kini berusaha untuk meyakinkan penduduknya mendapatkan suntikan vaksin.

Menteri Kesihatan, Viktor Lyashko, dalam satu kenyataan, berkata keputusan itu perlu bagi melindungi nyawa dan kesihatan penduduk Ukraine.





Beliau berkata, majoriti pesakit COVID-19 di hospital terdiri daripada mereka yang tidak mendapat suntikan vaksin coronavirus.

Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, setakat hujung bulan lalu, hanya 46 peratus guru menerima vaksin.

Guru di Ukraine diwajibkan suntikan vaksin COVID-19


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/50-terkorban-lebih-90-cedera-akibat-letupan-di-afghanistan/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker