Kemarau luar biasa cetus ribut pasir di Brazil

Ribut pasir menghampiri daerah Nossa Senhora do Carmo di bandar Frutal, Minas Gerais, Brazil. – Foto AFP

Kemarau luar biasa cetus ribut pasir di Brazil

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya enam maut akibat ribut pasir dengan kekuatan luar biasa di Sao Paulo sejak beberapa minggu kebelakangan ini, ketika Brazil tenggara menghadapi musim kemarau yang teruk.

Gumpalan debu awan oren kelihatan di seluruh kawasan luar bandar dengan kelajuan angin hingga 100 kilometer sejam (km/j), yang dilihat sekurang-kurangnya tiga kali sejak akhir September lalu.

Keadaan itu menakutkan penduduk di kawasan bandar dan luar bandar Sao Paulo serta Minas Gerais.

Media tempatan melaporkan, mangsa terbunuh akibat ditimpa pokok tumbang dan rumah yang ranap selain terperangkap dalam ribut berkenaan.





Ahli meteorologi, Estael Sias, dari saluran cuaca Brazil Metsul, berkata lazimnya ribut pasir adalah fenomena biasa tetapi tidak sekuat seperti dialami pada tahun ini.

“Bencana alam ini dicetuskan oleh tempoh yang lama tanpa hujan, suhu tinggi dan kelembapan rendah.

“Pada abad ini, suhu setiap tahun mencatat rekod dan terdapat lebih banyak haba di atmosfera, yang diubah menjadi tenaga untuk cuaca ekstrem seperti hujan, ribut, banjir dan juga kemarau, cuaca sejuk serta panas,” katanya.

Sias berkata, ribut kuat tidak dapat dipisahkan daripada perubahan iklim dan ia sering terjadi di wilayah gurun serta dapat mencapai ribuan meter ke langit, selebar 160 kilometer (km) dan bertahan selama beberapa jam.

Brazil menghadapi musim kemarau terburuk dalam tempoh 91 tahun, menyebabkan paras air rendah di rizab hidroelektrik di bahagian tengah-barat dan selatan negara itu, sekali gus menaikkan tarif elektrik. – AFP





Kemarau luar biasa cetus ribut pasir di Brazil


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/07/polis-kesan-anggota-tentera-cabul-wanita-di-kedai-vape/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker