Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Siasat Kes Allahyarham Adib

Kita menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, bahawa kerajaan akan menubuhkan satu jawatan kuasa khas  bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap  kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Menurut Ismail Sabri, jawatankuasa ini akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut  dianggotai Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri  Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

“Jawatan kuasa yang dipersetujui Jemaah Menteri ini akan diberi  tempoh selama enam bulan bagi memperoleh dapatan dan cadangan yang akan  dibentangkan di dalam mesyuarat kabinet untuk tindakan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Kerajaan juga akan memberi fokus terhadap keperluan keluarga Allahyarham Muhammad Adib.





Cuma persoalannya:

  • Mengapakah tidak terus ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI), memandangkan keadilan untuk Allahyarham Adib sudah lama tertangguh.
  • Apakah jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu juga akan menyiasat sama ada timbul keperluan atau tidak kes itu dirujuk ke Mahkamah Koroner kerana lapuran bedah siasat sudah jelas membuktikan kematian Allahyarham Adib adalah disebabkan oleh perbuatan jenayah.
  • Kalau didapati tiada keperluan merujuk ke Mahkamah Koroner, kita juga mahu tahu siapa yang mengarahkan kes tersebut dirujuk ke Mahkamah Koroner dan apa tujuannya.
  • Rakyat juga mahu tahu, siapakah yang menghalang Mahiaddin dari menyelesaikan kes tersebut semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri.

Keperluan yang sangat-sangat diperlukan oleh keluarga Allahyarham Adib ialah keadilan untuk Allahyarham.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker