Pandelela dianugerah Datuk

Pandelela dianugerah Datuk

Pandelela dianugerah Datuk

PETALING JAYA: Pandelela Rinong Pamg dianugerahkan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran “Datuk” sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Ratu terjun negara itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, lapor Bernama.

Mendahului senarai penerima darjah kebesaran ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D A) yang membawa gelaran “Datuk Amar”.





Turut menerima darjah kebesaran sama ialah bekas Anggota Kabinet Pertama Sarawak Pengiran Hipni Pengiran Annu.

Sementara itu enam penerima dianugerahkan darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran “Datuk Seri” iaitu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pengangkutan Sarawak Lee Kim Shin.

Tiga lagi penerima PNBS ialah Peguam Besar Sarawak Talat Mahmood Abdul Rashid, Setiausaha Kewangan Negeri Wan Lizozman Wan Omar dan Pengasas KKB Engineering Berhad Kho Kak Beng.

Dua penerima dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran “Datuk” iaitu Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol dan Pengarah Urusan syarikat kumpulan Shin Yang James Ling Lu Kiong.

Seramai 13 penerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’ termasuk Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Kameri Affendi dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Edwin Abit.





Selain itu, pingat Johan Bintang Sarawak dianugerahkan kepada tujuh penerima, Johan Bintang Kenyalang (16), Johan Perkhidmatan Cemerlang (4), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) (18), Pegawai Bintang Sarawak (44), Pegawai Bintang Kenyalang (101) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (177).

Pingat Ahli Bintang Sarawak pula dianugerahkan kepada 253 penerima, Ahli Bintang Kenyalang (155), Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (260) dan 251 menerima Bentara Bintang Sarawak.

Pandelela dianugerah Datuk


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/08/dosa-yang-telah-idris-haron-lakukan-kepada-rakyat-melaka/

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker