Pemain EPL kuasai senarai Ballon d’Or

 

Jorginho disenarai pendek untuk anugerah Ballon d’Or selepas membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara serta memainkan peranan utama dalam kemenangan Itali di Euro 2020. – Foto AFP

Pemain EPL kuasai senarai Ballon d’Or

PARIS: Pemain-pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) mendominasi senarai pendek 30 pemain untuk anugerah Ballon d’Or yang turut mencalonkan pemenang enam kali Lionel Messi serta Cristiano Ronaldo yang hanya kurang satu kemenangan berbanding pesaingnya itu.

Senarai yang didedahkan majalah France Football itu turut menampilkan Kylian Mbappe, Neymar, Karim Benzema, Jorginho dan N’Golo Kante.

Selepas tidak diadakan pada tahun lalu akibat pandemik COVID-19, Messi adalah pemenang terakhir pada tahun 2019, menewaskan Virgil van Dijk dan Ronaldo untuk kemenangan keenamnya.





Juara Perancis PSG kini mempunyai Messi, pemenang Copa America, dan rakan sepasukan Mbappe serta Neymar yang membawa kelab ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Pemain tengah Itali Jorginho menyertai kelompok terbaik dunia itu selepas membantu Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara serta memainkan peranan utama dalam kemenangan Itali di Euro 2020.

Rakan sepasukan Chelsea, Kante yang dinobatkan pemain terbaik perlawanan di separuh akhir dan final Liga Juara-Juara, turut disenarai pendek.

Turut disenaraikan adalah penyerang Real Madrid Karim Benzema, penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski yang mendahului senarai penjaring Eropah dengan 41 gol, dan peledak Borussia Dortmund Erling Braut Haaland yang mendahului senarai penjaring Liga Juara-Juara dengan 10 gol.

Mohamed Salah menjadi wakil tunggal Liverpool dalam senarai 30 pemain yang menampilkan 14 pemain dari Liga Perdana Inggeris.





Naib juara Euro 2020, England diwakili Harry Kane, Mason Mount, Phil Foden dan Raheem Sterling.

20 pemain wanita turut disenaraikan dalam acara yang akan diadakan di Paris pada 29 November nanti. – AFP

Pemain EPL kuasai senarai Ballon d’Or


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/pertarungan-fury-wilder-paling-berat/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker