Pemandu Lamborghini Di Hukum Denda Dan Penjara 14 Hari

Pemandu Lamborghini yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan dengan enam kenderaan lain di Jalan Tun Razak di sini, 8 September lalu dikenakan denda RM9,000 serta penjara dua minggu.

Semalam, Mahkamah Trafik Jalan Duta, menjatuhkan hukuman itu selepas Abdul Rahman Abdullah, 28, mengaku bersalah ketika dituduh mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu terbabit dikenakan hukuman denda RM9,000 dan penjara wajib dua minggu daripada tarikh ditahan.

Sekiranya gagal menjelaskan denda, lelaki berkenaan akan dipenjara selama lima bulan.





Beliau juga tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun dan kesalahan diendorskan pada lesen memandu.

Selain itu, saman turut dikenakan mengikut Seksyen mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu.

Dalam kejadian pada jam 8.40 pagi 8 September lalu itu, kenderaan mewah Lamborghini dipandu lelaki terbabit hilang kawalan lalu merempuh sebuah PROTON Perdana dipandu wanita berusia 53 tahun sehingga terbalik.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker