Penyokong Newcastle mula pasang impian besar

Penyokong Newcastle mula pasang impian besar
NEWCASTLE, United Kingdom: Penyokong Newcastle mula mengimpikan kegemilangan dalam Liga Perdana selepas pengambilalihan diketuai Arab Saudi membawa mereka kepada kelab bergelar sangat kaya.
Bagaimanapun Amnesty International melabelkan perjanjian itu “pahit untuk ditelan buat mereka yang mempertahankan hak kemanusiaan.”
Ribuan penyokong datang ke St James’ Park selepas perjanjian bernilai £305 juta (RM1.73 bilion) dipersetujui semalam sambil berteriak “kami mendapat kembali kelab kami.
Pengambilalihan itu dipersetujui Liga Perdana selepas mendapat jaminan bahawa Dana Pelaburan Arab Saudi (PIF) yang memiliki 80 peratus saham dalam konsortium berkenaan, tidak bertindak mewakili kerajaan negara berkenaan.
Ia berikutan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman disenaraikan sebagai Pengerusi PIF.
Seorang pesara, Justin Cowan yang ditemui AFP di luar St James’ Park mengakui ada kebimbangan dalam kalangan penyokong mengenai pemilik baharu tetapi mereka nyata gembira.
“Ia bagus untuk bandar ini,” katanya. “Ia amat menakjubkan. Mereka ada isu berkaitan hak asasi manusia. Semua orang tahu tetapi kami memerlukan ini.
“Kami amat memerlukannya. Kelab, bandar ini, kami sudah terlalu lama di bawah. Kami gergasi yang tidur dan masanya sudah tiba. Ia hebat untuk kelab dan wilayah ini. Semua orang gembira.” – AFP
Penyokong Newcastle mula pasang impian besar
Disyorkan Untuk Anda :
- MASA PARLIMEN DI GANTUNG ADA KEPERLUAN 2 TIMBALAN SPEAKER, MASA PARLIMEN BERSIDANG TAK ADA KEPERLUAN!!!
- IDRIS ‘TROJAN HORSE’ UMNO SUDAH MULA MENYUSUP DALAM PH
- PH MELAKA NAFIKAN KENYATAAN NORHIZAM 15 ADUN AKAN MENGADAP AGONG
- PRESIDEN UMNO: NO PPBM, NO DAP, NO PKR DALAM PRN MELAKA
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/09/pemain-epl-kuasai-senarai-ballon-dor/