Pertarungan Fury-Wilder paling “berat”

Juara heavyweight WBC Tyson Fury (kiri) dan pencabarnya Deontay Wilder akan mengharungi pertarungan heavyweight paling berat mereka di Las Vegas hari ini. – Foto AGENSI

Pertarungan Fury-Wilder paling “berat”

LAS VEGAS: Juara heavyweight WBC Tyson Fury dan pencabarnya Deontay Wilder akan mengharungi pertarungan paling berat di Las Vegas hari ini.

Juara bertahan dari Britain, Fury mencatat berat 125.6 kilogram manakala Wilder 107.9 kg pada acara timbangan di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas semalam.

Fury, yang enggan membuka bajunya ketika menaiki penimbang, 1.8 kg lebih berat berbanding ketika dia menumbangkan Wilder di pusingan ketujuh pada pertarungan kedua mereka 20 bulan lalu – di mana berat Wilder hanya 104.8 kg.

Ketika ditanya adakah pertambahan berat badan itu memberi apa-apa kesan kepada pertarungan mereka, Fury menjawab: “Ia bermakna kemusnahan total. Saya akan memasukkannya ke (hospital) Royal Infirmary selepas pertarungan, jangan risau.





“Dia akan terbaring cedera di lantai, dibelasah teruk, seperti digilis trak 18 tayar. Kali terakhir dia mengadu tengkoraknya retak dan tangannya cedera. Saya tidak sabar untuk pertarungan malam Sabtu.

“Saya akan membelasahnya dengan teruk. Dia pasti sukar dicam selepas pertarungan.”

Ia adalah pertarungan ketiga antara Wilder dan Fury sepanjang tiga tahun perseteruan antara mereka. Mereka seri pada pertarungan pertama di Los Angeles pada tahun 2018 sebelum Fury menang aksi seterusnya tahun lalu. – AFP

Pertarungan Fury-Wilder paling “berat”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker