Polis siasat punca bau minyak tanah

Pihak berkuasa membawa mayat wanita OKU berikutan kebakaran di premis dua tingkat di Jalan Krian, Pulau Pinang. – NSTP/Zuhainy Zulkiffli

Polis siasat punca bau minyak tanah

GEORGETOWN: Polis meneruskan siasatan kematian seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kebakaran di sini, selepas dimaklumkan mengenai bau minyak tanah menerusi laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mangsa ditemui mati dalam kebakaran di premis pusat hiburan dua tingkat di Jalan Krian di sini, hari ini dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama JBPM akan meneliti sekiranya wujud unsur jenayah.

Hadir sama Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri, Hafiz Hafizal Timaradin dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A’azelan Hassan.





JBPM menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 3.54 petang dan mengambil masa 20 minit memadam kebakaran.

Soffian berkata, premis dua tingkat itu menempatkan restoran dan pusat hiburan di aras bawah manakala bahagian atas dijadikan bilik penempatan.

Katanya, majikan mangsa mendakwa wanita OKU berusia 44 tahun berasal dari Sabah itu sudah tiga tahun bekerja di pusat hiburan berkenaan.

Bagaimanapun, jelasnya, mangsa tidak bekerja susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana premis hiburan tidak dibenarkan beroperasi.

“Berdasarkan laporan bomba, mangsa ditemui di atas katil dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi.





“Identiti mangsa dan punca kematian akan diketahui selepas proses bedah siasat esok,” katanya sambil menambah mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Polis siasat punca bau minyak tanah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/mekanik-mengaku-tidak-salah-rompak-kedai-emas/

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker