PRN Melaka Di Tangguhkan Sehingga PRU 15?

Iklim politik Melaka kini menjadi semakin panas.

Kini segala tumpuan berpusat kepada pengumuman yang bakal dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Namun, di sebalik keghairahan parti politik membuat persiapan untuk Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka, kedengaran keresahan dan kebimbangan dari kalangan rakyat, terutamanya rakyat Melaka akan keselamatan mereka.

Benar, Malaysia sudah melebihi paras 80% vaksinasi penduduk, sudah melebihi kadar yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), untuk mencapai imuniti berkelompok.





Namun tiada jaminan walau pun selepas melengkapkan 2 dos vaksinasi, kita tidak boleh menjangkiti atau dijangkiti Covid-19.

Pendedahan Menteri Kesihatan dalam Parlimen bahawa 1,400 kematian direkodkan, walau pun sudah melengkapkan 2 dos vaksinasi, amat membimbangkan.

Mantan Perdana Menteri ke 6 dan juga mantan Presiden UMNO, DS Najib Razak kurang bersetuju sekiranya PRN Melaka dilakukan sekarang.

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, juga berkongsi pandangan yang sama.

Dan terkini, Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan, Tok Mat Hasan, juga mempunyai pendapat yang sama.





Bagu Edisi Siasat, pembubaran DUN Melaka tidak MEWAJIBKAN PRN Melaka.

Bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meminta SPR supaya menasihati TYT Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan Tun Mohd Ali boleh mendapatkan perkenan dari SPB YDP Agong supaya mengisytiharkan darurat sebagaimana di Sarawak.

Itulah yang sebaik-baiknya, alasan ahli politik sekiranya diisytiharkan darurat maka ekonomi Melaka akan terjejas adalah alasan yang tidak tepat.

Sarawak juga kini dalam Perintah Darurat tetapi tidak ada sebarang masalah dalam menjana ekonomi mereka.

Ambillah pengajaran dari pengalaman buruk dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang lalu.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker