Propa Dira, Nak Cover Siapa Sebenarnya?

Ahli politik yang semakin suam-suam kuku, Khaidiriah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira, secara tiba-tiba keluarkan kenyataan bahawa kononnya beliau sudah lama tahu ada perancangan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Melaka pimpinan UMNO.

Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, menjelaskan, kononnya perancangan untuk menjatuhkan kerajaan negeri datangnya dari kumpulan yang senior dalam UMNO sendiri.

Beliau mendakwa, perancangan itu sudah lama berjalan dan ianya dirancangkan dengan penuh licik dan teliti.

Edisi Siasat hendak kemukakan beberapa soalan kepada Dira:





Biar gambar berbicara…
  1. Boleh Dira berikan penjelasan mengenai gambar di atas dan pengakuan dari Idris Haron ini!!!
  2. Apakah Anwar merupakan pemimpin UMNO?
  3. Sebagai salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, apakah tindakan tunggu dan lihat sahaja yang mampu Dira lakukan selepas mendapat maklumat ada perancangan untuk jatuhkan kerajaan yang ditadbir oleh UMNO?
  4. Mengapa selepas segala perancangan untuk tubuhkan kerajaan tebuk atap gagal, baru Dira mahu dedahkan perkara ini?

Semua pemimpin dan akar umbi UMNO tahu siapa Dira dan cuma menunggu pemilihan parti UMNO untuk bertindak.

Tidak perlulah buat propa budak-budak begini semata-mata mahu menghalalkan tindakan 2 katak UMNO yang meruntuhkan kerajaan sendiri.

Kepada Dira, zaman matlamat menghalalkan cara sudah berlalu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker