Rugi RM21,000 akibat ‘tunggakan cukai’

 

Rugi RM21,000 akibat 'tunggakan cukai'

Rugi RM21,000 akibat ‘tunggakan cukai’

KUANTAN: Bimbang dikenakan tindakan undang-undang kerana dikatakan mempunyai tunggakan cukai syarikat berjumlah RM58,500.82 menyebabkan seorang jurujual kerugian RM21,000 ditipu dua individu menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 59 tahun menerima panggilan telefon kelmarin daripada seorang lelaki dikenali sebagai James David yang mengaku sebagai Pegawai Operasi Cukai LHDN Cyberjaya.





Katanya, lelaki terbabit mendakwa mangsa yang beralamat Kampung Temin, Jerantut tidak membayar cukai perniagaan syarikat miliknya selama 6 bulan.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa syarikat milik mangsa beroperasi di Kota Bharu, Kelantan dan untuk selesaikan tunggakan cukai mangsa perlu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan bercakap dengan seorang lagi lelaki dipercayai menyamar sebagai ‘Asisten Komisioner Datuk Mohd Nizam.’

“James yang menghubungi mangsa menyambung panggilan kepada pegawai polis berkenaan yang menyatakan bahawa syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa terbabit dengan sindiket penggubahan wang haram dan sindiket dadah.

“Untuk membantu menyelesaikan kes berkenaan mangsa diminta membayar sejumlah wang secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang menerima arahan daripada ‘pegawai polis’ terbabit sepanjang berada di kaunter ATM bank di Jerantut kemudian memindahkan wang ke dalam akaun suspek.





Katanya, mangsa merasakan ditipu sebelum membuat semakan dengan bank semalam dan mendapati mendapati ada transaksi wang sebanyak RM21,000 daripada akaunnya.

Rugi RM21,000 akibat ‘tunggakan cukai’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/parti-kuasa-rakyat-should-make-its-position-clear/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker