Tauke dan empat pekerja tak mengaku tipu syarikat pembekal

Tauke dan empat pekerja tak mengaku tipu syarikat pembekal
Anggota polis membawa 5 tertuduh kes penipuan pembelian alat ganti kenderaan membabitkan nilai melibatkan nilai lebih RM600,000 di Mahkamah Sesyen

Tauke dan empat pekerja tak mengaku tipu syarikat pembekal

KUALA LUMPUR: Pemilik sebuah syarikat alat ganti kenderaan dan empat pekerjanya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu syarikat pembekal komponen itu menggunakan pembayaran perbankan berjadual atau ‘Inter Bank Giro’ (IBG) berjumlah RM630,200.

Tertuduh, Ng Chong Chai, 60, selaku pemilik Syarikat Ban Heng Auto Part bersama Lai Wei Kiat, 23; Lee Juan Sheng, 24; Leong Yue Long, 25 dan Tan Wai Teck, 26, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Berdasarkan pertuduhan, semua tertuduh didakwa bersama-sama menipu Syarikat Vanli Auto Spares Sdn Bhd dengan menyerahkan resit pembayaran berjadual IBG.

Pemberian resit itu mempercayai bahawa pembayaran dibuat sehingga mendorong syarikat itu menyerahkan barangan alat ganti kenderaan kepada Syarikat Ban Heng Auto Part berjumlah RM630,200 secara berperingkat.





Ia yang mana syarikat pembekal itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan sedemikian di Batu 3, Jalan Ipoh, di sini, pada 8 Mac hingga 12 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Sekyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, peguam bela, Muhammad Amin Abdullah yang mewakili Chong Chai, Wei Kiat, Juan Sheng dan Tan Wai Teck, manakala Johan Radzi bagi pihak Yue Long, memohon anak guam masing-masing diberi jaminan pada kadar rendah dengan alasan mempunyai masalah kesihatan, tidak berkemampuan dan perlu menyara keluarga.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Kamarudin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin.

Mereka juga dikehendaki memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis setiap bulan.





Mahkamah menetapkan 2 Disember depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan, polis menahan beberapa individu yang terbabit dengan sindiket menipu pembekal dan peniaga alat ganti kenderaan menggunakan slip pembayaran perbankan berjadual atau IBG.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din dipetik berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa ditipu dalam urusan pembelian barangan alat ganti kenderaan.

Tauke dan empat pekerja tak mengaku tipu syarikat pembekal


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/guru-di-ukraine-diwajibkan-suntikan-vaksin-covid-19/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker