TERKINI: Israel Bedil Syria, 6 Cedera
Seramai enam tentera Syria cedera selepas Israel melancarkan serangan roket terhadap pangkalan udara negara itu, semalam.
Badan Pemerhati Hak Asasi Syria berpangkalan di Britain berkata, serangan itu menyasarkan depoh dron di dalam pangkalan udara terbabit.
Serangan yang bermula jam 9 malam itu menyasarkan lapangan terbang tentera T4.
Serangan itu mengakibatkan enam tentera cedera dan peralatan rosak,” kata pegawai rasmi kepada agensi berita SANA.
Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel ketika dihubungi enggan mengulas laporan media mengenai serangan itu.
Tentera Israel jarang mengakui melancarkan serangan tetapi berulang kali menegaskan mereka tidak akan membiarkan Syria menjadi kubu kuat musuh, Iran.
Sumber: AFP