Tujuh sekeluarga direman

Tujuh sekeluarga direman
Seorang lelaki yang ditahan ialah majikan kepada mangsa. – Gambar hiasan NSTP

Tujuh sekeluarga direman

KOTA BHARU: Tujuh sekeluarga termasuk seorang wanita direman selama tujuh hari, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga Thailand berhampiran ladang kelapa sawit, Jalan Kuala Berang, dekat Gua Musang, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, berkata mereka yang berusia di antara 21 hingga 64 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Khamis ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, tujuh sekeluarga itu ditahan di FELDA Chiku, Gua Musang tengah hari semalam.

“Tujuh individu itu termasuk wanita berusia 44 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.





Wan Khairuddin berkata, motif masih dalam siasatan dan pihak polis masih lagi mencari saksi kejadian.

Katanya, lelaki yang berusia 64 tahun itu ialah majikan kepada mangsa dan wanita itu bekerja dengan lelaki berkenaan yang membuka kedai runcit serta kedai makan berdekatan tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Sik Choon Foo, berkata mayat mangsa berusia 44 tahun dalam keadaan separuh bogel itu dijumpai orang awam yang melalui jalan berkenaan pada 3 petang.

Tujuh sekeluarga direman


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/tauke-dan-empat-pekerja-tak-mengaku-tipu-syarikat-pembekal/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker