Video Rakyat Melaka Buat Pendedahan Mengenai Projek Pasir Melaka

Di sebalik kehangatan untuk menghadapi PRN Melaka, tuduh menuduh mula berlaku sesama ahli politik yang berseteru.

Idris Haron menuduh beberapa pemimpin UMNO terbabit di dalam projek pasir yang telah menyebabkan kerajaan negeri dan pusat kehilangan pendapatan jutaan ringgit.

Sejurus lepas itu, terdedah pula di era pimpinan Idris Haron, beliau telah ‘anugerahkan’ kepada Datuk Michelle Ong, pemilik syarikat KAJ Development Sdn Bhd, penukaran hak milik tanah tambak seluas 609 ekar dari pajakan 99 tahun kepada pegangan bebas.

Memanaskan keadaan, pemerhati politik dari luar Melaka cuba membuat ulasan tanpa menyemak fakta sebenar yang berlaku.

Kini, tampil anak jati Melaka, menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku dalam skandal projek pasir Melaka.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker