‘Waspada ombak, gelombang besar di PD’

‘Waspada ombak, gelombang besar di PD’

PORT DICKSON: Orang ramai yang mengunjungi pantai Port Dickson sempena cuti hujung minggu ini diingatkan berwaspada dengan keadaan air pasang dan gelombang besar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan, berkata pihaknya akan memastikan pengunjung peka ketika menjalankan aktiviti di air, terutama jika membawa keluarga.

“Kami membuat pemantauan berskala mengikut data pasang surut air laut Port Dickson setiap pagi dan petang, terutama di kawasan kunjungan ramai.

“Keadaan laut pada minggu ini amat membimbangkan bagi aktiviti di air kerana sudah berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL),” katanya ketika dihubungi, hari ini.





Beliau mengingatkan orang ramai terutama kanak-kanak mengutamakan keselamatan di air dengan sekurang-kurangnya menggunakan pelampung atau jaket keselamatan.

Mohd Hairul Izam berkata, bomba memasang Peralatan Menyelamat (LiSA) bagi menambah baik ciri-ciri keselamatan, bantuan awal dan kempen kesedaran kepada pengunjung pantai Port Dickson.

“Komponen peralatan keselamatan LiSA mengandungi peti siren, pelampung, jaket keselamatan, tali beg buang dan peti pertolongan cemas,” katanya.

Mohd Hairul berkata, masyarakat setempat dan pengunjung pantai diharap menjaga bersama kemudahan keselamatan yang disediakan.

Beliau turut meminta orang ramai menghubungi pihak bomba dengan kadar segera di talian 999 atau 06-6471444 bagi meminta bantuan.





‘Waspada ombak, gelombang besar di PD’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/i-had-nothing-to-do-with-um-board-appointment-says-azalina/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker