Zulfahmi harap Hafizh Syahrin kekal berlumba

Zulfahmi harap Hafizh Syahrin kekal berlumba
Gambar fail – Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Zulfahmi harap Hafizh Syahrin kekal berlumba

KUALA LUMPUR: Masih ada ruang untuk pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah meneruskan karier dalam arena sukan permotoran dua roda walaupun sudah membuat keputusan tidak lagi beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia tahun depan.

Bekas pelumba dan rakan seperjuangan, Zulfahmi Khairuddin berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya sebelum ini selain berharap Hafizh dapat beraksi di pentas berbeza seperti Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).

“Saya rasa setiap atlet akan melalui fasa naik dan turun. Mungkin dia sudah mencapai tahap kemuncak dan sekarang melalui situasi berbeza dalam kariernya. Saya juga pernah alami perkara yang sama. Hafizh adalah pelumba paling terbaik yang kita ada di Malaysia, itu saya tak boleh nafikan.

“Harap dia masih kekal berlumba di kejuaraan yang berbeza seperti Kejohanan Superbike Dunia untuk terus membawa nama Malaysia.





“Sebab pelumba seperti Hafizh ini mungkin kita hanya akan dapat penggantinya dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi. Jadi antara tempoh itu, kita masih berharap dia dapat beraksi,” kata Zulfahmi yang kali terakhir beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 pada 2018.

Zulfahmi adalah antara pelumba negara yang pernah menyertak kelas 125cc dari tahun 2010 hingga 2011 sebelum kelas berkenaan dinaiktaraf kepada Moto3 pada 2012. Dari tahun berkenaan, dia meneruskan karier sehingga 2015 sebelum beralih ke WSBK pada 2016 hingga 2017.

Zulfahmi yang kini menguruskan pasukan pelapis SIC Racing Team dan menjadi tulang belakang kepada kejuaraan Siri MiniGP Malaysia dan SIC OHVALE Junior berkata, Hafizh dilihat memerlukan sokongan moral daripada individu di sekelilingnya.

“Seperti saya dahulu, saya ada sokongan yang kuat daripada pasukan dan orang di sekeliling. Saya rasa Hafizh perlu ada situasi positif di sekelilingnya juga supaya dia dapat keyakinan semula,” kata Zulfahmi.

Zulfahmi harap Hafizh Syahrin kekal berlumba


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/09/azwan-ali-luah-rasa-semak-kisah-cinta-vida-iqbal/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker