Pakatan Harapan Melaka Bergolak

Belum ada kepastian sama ada Pilihanraya Negeri Melaka akan diadakan atau pun tidak.

Namun yang sudah pasti adalah Pakatan Harapan Melaka kini dilanda pergolakan dalaman.

Mantan ADUN Kota Laksmana, Low Chee Leong, menempelak Pengerusi Pakatan Harapan yang juga merupakan mantan Ketua Menteri Melaka era Pakatan Harapan dan mantan ADUN Bukit Katil, Adly Zahari, kerana didakwa bertindak sendirian tanpa memaklumkan kepada DAP Melaka.

Adly dikatakan telah mengutus surat kepada Istana Negara untuk memohon campurtangan SPB YDP Agong supaya menasihati TYT Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, supaya menarik balik keputusan membubarkan DUN Melaka.





Dalam surat itu, Adly dikatakan telah menipu dengan mendakwa ianya dipersetujui oleh 11 ADUN Pakatan Harapan termasuk DAP dan 4 ADUN Bebas.

“Pengerusi PH Melaka Adly Zahari tidak berunding dengan saya dan wakil rakyat yang lain sebelum mengutuskan surat itu”.

“Saya tidak tahu apa-apa (kandungan) surat itu”.

“Ini tidak boleh diterima dan saya mahu surat itu ditarik balik kerana ia tidak mewakili saya”.

“Kamu harus menghormati saya dan beritahu saya tentang kandungannya terlebih dahulu,” jelas Low Chee Leong.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker