PM: Pasukan Petugas Khas Untuk Siasat Dakwaan Tommy Thomas Di Tubuhkan

Semalam Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, mengumumkan akan membentuk satu jawatankuasa penyiasat untuk menyiasat keseluruhan perjalanan kes Allahyarham Mohd Adib Kassim, anggota pasukan Bomba & Penyelamat yang terkorban dalam kejadian rusuhan di kuil Sri Mariamman.

Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan pula pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan mantan Peguam Negara, Tommy Thomas, dalam buku beliau yang berjudul ” My Story: Justice In The Wliderness”.

Antara skop siasatan petugas khas tersebut ialah untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai campurtangan badan eksekutif dalam badan kehakiman, penyalahgunaan kuasa dalam perlantikan hakim, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta perlanggaran sumpah kerahsiaan.

Pasukan petugas khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara manakala Bahagian Hal Ehwal Undang Undang dan Jabatan Peguam Negara akan bertindak sebagai urusetia.





Dapatan dari pasukan petugas khas itu nanti akan digunakan sebagai garis panduan untuk menentukan tindakan yang akan di ambil oleh kerajaan selepas itu.

Edisi Siasat berharap, siasatan yang telus akan dilakukan secara adil dan tindakan tegas mesti diambil terhadap mana-mana individu yang telah menyalahgunakan kuasa sehingga mencemar integriti dan kredibiliti kedaulatan undang-undang negara tanpa mengira darjat atau pun pangkat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker