Setelah Parti Lain Tolak, Akhirnya Norhizam Sertai Pejuang

Khabar dari Melaka memberitahu setakat petang semalam, mantan ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Bektee, masih tercari-cari parti mana yang sudi terima beliau bagi menghadapi cabaran PRN Melaka sekiranya diadakan.

Sekiranya bertanding atas tiket calon Bebas, Norhizam sedar, peluang beliau untuk mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Batu hampir tiada.

Norhizam tidak sempat membentuk jentera pilihanraya sendiri untuk membantu beliau menghadapi pilihanraya.

Mungkin terlalu sibuk menjadi ‘sniper babi’ ketika menjawat jawatan EXCO.





Kemenangan beliau ketika PRU 14 adalah atas bantuan jentera pilihanraya DAP.

PAS, UMNO, DAP, PPBM dan PAN pula melihat Norhizam sebagai liabiliti dan hanya akan mempertimbangkan hasrat beliau untuk menyertai parti masing-masing sekiranya beliau menang dalam PRN Melaka.

Namun, perkhabaran terbaru yang diterima, Norhizam dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir.

Edisi Siasat tidak mahu memberikan apa-apa komen.

Apa yang dapat Edisi Siasat katakan ialah selamat bersara kepada Norhizam kerana bukan sahaja Pejuang tidak mempunyai jentera pilihanraya di negeri Melaka, malah mungkin juga di seluruh Malaysia.





Tapi sekurang-kurangnya nanti bolehlah Norhizam jadi Pengerusi Pejuang Melaka, okeylah dari tak ada apa-apa…🤫🤫🤫

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker