11 TAHUN DERITA – ELYANA KINI BEBAS KANSER & PULIH

11 TAHUN DERITA – ELYANA KINI BEBAS KANSER & PULIH

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur dengan anda semua.

“Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil. Kanser saya hilang. Alhamdulillah Ya Allah.… Terima kasih Ya Allah, Kau telah mendengar doa kami,” kongsi penyanyi Elyana apabila memaklumkan yang dirinya kini bebas dan pulih daripada kanser limfoma yang dihidapi sejak 11 tahun lalu.

“Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya. Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.





“Saya pernah putus asa untuk berjuang. Saya selalu cemburu dengan kesihatan orang, tapi saya sangat percaya dengan keajaiban daripada Sang Pencipta. Allah maha baik. I Love You Allah,” tambahnya.

Untuk makluman, Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 11 tahun lalu dan dia hanya membuat pendedahan mengenai penyakitnya itu pada 2017.\

Kanser berkenaan turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Bagaimanapun, usaha media untuk mengesahkan berita itu gagal apabila Elyana tidak membalas panggilan mahupun mesej.





Namun jika benar, Alhamdulillah dan syukur dengan perkembangan ini. Moga Elyana terus sihat dan kembali ceria seperti dahulu.

11 TAHUN DERITA – ELYANA KINI BEBAS KANSER & PULIH


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman FaceBook Kami


http://edisisiasat.com/2021/12/07/sindiran-presiden-umno-kepada-presiden-pas-biar-fakta-berbicara/





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker