London batalkan acara sambutan Tahun Baharu

London batalkan acara sambutan Tahun Baharu
LONDON: Sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran di London dibatalkan kerana kebimbangan meningkat terhadap lonjakan kes COVID-19 varian Omicron.
Datuk Bandar London, Sadiq Khan, berkata jangkitan berada pada tahap tinggi di bandar raya itu dan pihaknya perlu melakukan segala yang mungkin untuk memperlahankan penyebaran varian baharu itu.
“Ini bermakna kita tidak lagi akan menganjurkan acara sambutan untuk lebih 6,000 orang berhimpun di Dataran Trafalgar pada malam Tahun Baharu seperti sebelum ini.
“Ini pastinya sangat mengecewakan bagi kebanyakan warga London, tetapi kita mesti mengambil langkah yang betul untuk mengurangkan penyebaran virus ini,” katanya.
Paris juga sudah mengumumkan bahawa pertunjukan bunga api tahunannya dan acara lain berkaitan sambutan Tahun Baharu akan dibatalkan dan Jerman dijangka akan mengikutinya, termasuk bercadang untuk menutup kelab malam dan mengehadkan jumlah kehadiran parti persendirian.
Kadar kes harian COVID-19 berulang kali mencatatkan kes tinggi hingga memecahkan rekod sepanjang minggu lalu di United Kingdom, yang juga satu daripada negara Eropah yang paling teruk dilanda virus itu, dengan lebih daripada 147,000 kematian dan kini berjuang bagi membendung Omicron.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Boris Johnson menentang tekanan pelbagai pihak untuk mengetatkan sekatan pergerakan semasa Hari Krismas hujung minggu ini, dan berikrar untuk memastikan perkara itu sentiasa dalam semakan dan kajian berterusan. – AFP
London batalkan acara sambutan Tahun Baharu
Disyorkan Untuk Anda :
- PENDUDUK TERPERANGKAP BANJIR MANA KHALID SAMAD?
- NEGARA DI LANDA BANJIR, DARURAT PERLU DI ISYTIHARKAN
- MENANGGUHKAN PRU IBARAT MEMBERI NYAWA KEPADA PH & PN
Lawati Laman FaceBook Kami
https://edisisiasat.com/2021/12/18/bayaran-bkc-fasa-3-mulai-20-disember-2021/