PAS Berkuasa Guru PASTI Tidak Terbela
PAS Berkuasa Guru PASTI Tidak Terbela
Sejak dari Kerajaan Perikatan Nasional hinggalah kepada kerajaan hari ini, PAS sudah jadi sebahagian dari kerajaan.
Pemimpin utama PAS, Hj Hadi, Tuan Ibrahim, Idris Ahmad, Takiyuddin dan ramai lagi, mendapat pendapatan bulanan puluhan ribu ringgit.
Tidak ketinggalan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli.
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), adalah pusat asuhan pra sekolah di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS.
PASTI memang terkenal di kalangan ibubapa dan menjadi antara pilihan utama untuk mendapatkan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.
Dari sudut kualiti pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan, PASTI berada di tempat kedua di belakang Genius Aulad.
Kualiti PASTI jauh meninggalkan beberapa pusat asuhan pra sekolah termasuk Tadika KEMAS.
Tetapi, adakah guru-guru PASTI mendapat ganjaran yang sepatutnya dari apa yang mereka berikan?
TIDAK!!!
Rata-rata guru PASTI yang pihak Edisi Siasat temui, menerima bayaran gaji di bawah paras RM1,000 sebulan!!!
Sangat memeranjatkan pihak kami.
Manakala purata bayaran gaji guru tadika lain adalah antara RM1,200 hingga RM1,500 sebulan!!!
Malah, semasa PDPR, kami difahamkan, guru-guru PASTI terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk ‘top up’ talipon!!!
Sedangkan gaji hanya dibayar separuh daripada biasa!!!
Apa sudah jadi?
Ketika pemimpin PAS mendapat laba, guru-guru PASTI yang berkhidmat untuk PAS dan juga ahli PAS tidak dibela.
Ahli Parlimen PAS sudah menjadi menjadi menteri, malah, Idris Ahmad ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam).
Sampai bila hendakkan dibiarkan guru-guru PASTI hidup dengan gaji yang begitu rendah?
Sedangkan Nepal dan Bangla yang berkerja di Malaysia menikmati gaji yang jauh lebih tinggi!!!
Begitu rendahkan nilai guru PASTI di pandangan mata pemimpin PAS?
PAS Berkuasa Guru PASTI Tidak Terbela
Disyorkan Untuk Anda :
- Hj Hadi: Dari Ulamak Ke Ahli Politik, Dari Ahli Politik Ke Sniper Dalam Gelap
- Sindiran Presiden UMNO Kepada Presiden PAS, Biar Fakta Berbicara
- Presiden PAS Dan Mursyidul Am PAS Berselisih Pendapat?
Lawati laman Facebook kami: Edisi Siasat
Jadi boleh tahu apa kesudahan isu ini..sangat sedih