Pangkalan Pakistan diserang, seorang askar, 4 penyerang maut

Pangkalan Pakistan diserang, seorang askar, 4 penyerang maut

Pangkalan Pakistan diserang, seorang askar, 4 penyerang maut

QUETTA: Pemberontak pemisah di wilayah Balochistan, Pakistan menyerang dua pangkalan tentera dan membunuh seorang askar, kata tentera mengulas siri keganasan terbaru di wilayah yang kaya dengan mineral itu.

Serang semalaman beberapa jam sebelum Perdana Menteri, Imran Khan, terbang ke Beijing bagi pembukaan Kejohanan Olimpik Musim Sejuk itu turut menyaksikan empat pejuang pemisah terbunuh.

“Kami tabik kepada pasukan keselamatan yang berani menangkis serangan pengganas,” kata Khan dalam satu kenyataan, hari ini.





Kumpulan pemberontak, Baloch Liberation Front (BLF), dalam satu kenyataan yang dihantar kepada wartawan Reuters, mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Katanya lagi, seorang pengebom berani mati turut meletupkan sebuah kenderaan yang sarat bahan letupan di pintu masuk pangkalan itu dan mendakwa lebih 50 tentera terkorban.

Minggu lalu, pemberontak BLF membunuh 10 askar dalam satu serangan ke atas pos berhampiran Pelabuhan Gwasar di Laut Arab, menyebabkan korban paling ramai anggota tentera dalam tempoh beberapa tahun di Balochistan.

Pihak tentera berkata, kedua-dua serangan malam tadi yang berlaku di daerah Panjgur dan Naushki berjaya ditamatkan.

Sejak beberapa dekad lalu, gerila etnik Baloch memerangi kerajaan untuk mendapatkan status negara yang berasingan.





Mereka mendakwa, kerajaan pusat mengeksploitasi sumber gas dan mineral Balochistan secara tidak adil dan kumpulan gerila itu biasanya menyerang projek gas, infrastruktur dan pasukan keselamatan.

Mereka juga menyerang projek kerajaan China dan turut membunuh pekerja China walaupun Pakistan memberi jaminan akan sedaya upaya melindungi projek berkenaan. – REUTERS

Pangkalan Pakistan diserang, seorang askar, 4 penyerang maut


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker