Rosman Tahir(PKR) Hadapi Masalah Besar Di DUN Tanjong Surat

Rosman Tahir(PKR) Hadapi Masalah Besar Di DUN Tanjong Surat

Rosman Tahir(PKR) Hadapi Masalah Besar Di DUN Tanjong Surat

PKR bergerak sendirian tanpa Pakatan Harapan dalam PRN Johor 2022.

Mudah difahami, strategi PKR adalah untuk mengasingkan diri dari jenama PH.

PKR beranggapan, prestasi buruk PH selama 22 bulan menjadi kerajaan, menyebabkan pengundi hilang keyakinan kepada semua parti komponen PH.





Namun langkah yang diambil oleh PKR telah memakan diri sendiri dalam PRN Johor 2022.

Calon PKR di N39 Tanjong Surat, Rosman Tahir, kini menghadapi masalah besar untuk mendapatkan keyakinan pengundi tempatan.

Dalam setiap program yang dijalankan, sambutan penduduk tempatan dari pelbagai umur kelihatan begitu hambar.

Antara alasan yang diberi adalah kerana pemimpin utama PKR di peringkat pusat tidak dapat hadir.

Namun timbul persoalan di pihak Edisi Siasat, apakah ketiadaan kelibat pemimpin pusat kerana mereka sendiri tiada keyakinan di DUN Tg Surat?





Apa yang pihak Edisi Siasat kesan, program yang dijalankan oleh calon BN juga tanpa kehadiran pemimpin di peringkat pusat.

Tetapi sambutan penduduk tempatan terhadap program BN sangat menggalakkan.

Dalam beberapa temuramah dengan penduduk tempatan, kami dimaklumkan sambutan hambar itu bukanlah kerana ketiadaan pemimpin utama PKR.

Tetapi penduduk tempatan sudah serik ditipu oleh PH selama 22 bulan menjadi kerajaan.

Jelas sekali calon PKR berdepan masalah besar dalam mengharungi saingan PRN Johor 2020.





 

Rosman Tahir(PKR) Hadapi Masalah Besar Di DUN Tanjong Surat

 

Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker