Lim Kit Siang Umum Bersara Dari Politik, Atok Bila Lagi?

 

Lim Kit Siang Umum Bersara Dari Politik, Atok Bila Lagi?

Lim Kit Siang Umum Bersara Dari Politik, Atok Bila Lagi?

Otai DAP, Lim Kit Siang, telah umumkan persaraan beliau dari politik.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapan beliau di Kongres Kebangsaan DAP yang ke 17 di Shah Alam.





Jangan u-turn yer uncle…🤭🤭🤭

Cuma Edisi Siasat nak tahu, Atok bila pula nak bersara?

Teks ucapan Lim Kit Siang:

I take this opportunity to announce my political retirement and I will not contest for any position, including the party CEC today – you should delete No. 39 from the CEC candidate list) – or any parliamentary or state assembly seat.





I have been with the party for 56 years – two days ago was the DAP’s 56th anniversary –   and have seen it develop from a small opposition party which fought the first general election in 1969 into a major political party in the Pakatan Harapan coalition which won the 14th General Election in 2018 and formed the government in seven states.

The recent Johor state general election is a salutary reminder that our Malaysian Dream for a united, democratic, just world-class great Malaysia is a long-term political struggle, with many ups and downs, gains and losses, but we must remain constant in our objectives and never compromise our principles and ideals.

We represent the hopes and aspirations of Malaysians who want Malaysia to stand tall in the world because of our achievements in various fields of human endeavour and for our ability to leverage on the best values and virtues of the diverse races, religions, cultures and civilisations that meet in confluence in  Malaysia, not to be  scorned or belittled in the international community of nations because we are on the trajectory of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.

We must reignite hope and confidence in the future as we hold in our hands the ability to reverse the national decline of the past half a century.

Never before in the history of DAP is it more important that we must have unity, solidarity, commitment and resolve in our long-term commitment to realise the Malaysian Dream.





I am privileged to share this journey to realise our Malaysian Dream to be a world-class great nation with many patriotic Malaysians, both inside and outside the DAP.

The battle for the Malaysian Dream must goes on until it is achieved but this is in your hands.

Lim Kit Siang

Terjemahan Dalam Bahasa Melayu

Ucapan Ahli Parlimen DAP kawasan Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kongres Parti  DAP ke-17 di Shah Alam pada 18hb Mac 2022:

Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik. Saya menarik diri dari bertanding pilihan JTP hari ini  – sila padamkan no.39 dari senarai calon JTP anda. Saya juga tidak akan bertanding dalam pilihanraya parlimen atau negeri di masa hadapan.





Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun – dua hari lepas merupakan ulang tahun ke-56 parti kita – dan selama ini saya melihat bagaimana parti kita telah berkembang dari sebuah parti pembangkang kecil yang mengambil bahagian pertama kali dalam pilihanraya umum tahun 1969, sehingga menjadi sebuah parti politik utama yang berjaya menubuh kerajaan persekutuan serta mengambil alih kerajaan di 7 negeri bersama dengan rakan-rakan kita dalam Pakatan Harapan semasa PRU-14.

Pilihan Raya Negeri Johor yang baru berlangsung merupakan satu peringatan yang penting bahawa Impian Malaysia kita yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara bersatupadu, demokratik, adil dan berjaya yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa merupakan satu perjuangan politik jangka panjang. Dalam proses ini, kita menghadapi banyak kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan. Tapi kita mesti kekal dengan matlamat kita dan jangan sekali-kali berkompromi dari segi prinsip dan cita-cita.

Kita mewakili harapan dan aspirasi rakyat Malaysia yang mahu melihat Malaysia berdiri megah di persada dunia kerana pencapaian kita dalam pelbagai bidang dan berjaya membina negara berlandaskan ciri-ciri kemajmukan yang sedia ada di negara ini – pelbagai kaum, agama, budaya dan tamadun – dan bukannya menjadi bahan jenaka atau diperli oleh masyarakat dunia kerana kita menjunam menjadi sebuah kleptokrasi, kakitokrasi dan negara yang gagal.

Kita mesti mencetus semula harapan dan keyakinan terhadap masa depan kerana samada kita dapat memutar semula tren kemerosotan negara kita sejak setengah abad ini adalah bergantung kepada kita semua.

Belum pernah lagi dalam sejarah DAP, semangat perpaduan, setiakawan, komitmen dan keazaman menjadi begitu penting dalam usaha kita untuk merealisasikan Impian Malaysia.





Adalah penghormatan buat saya selama ini berpeluang – bersama-sama dengan rakyat malaysia yang patriotik samada di dalam atau di luar DAP – untuk berganding bahu sepanjang perjalanan untuk merealisasikan Impian Malaysia kita bersama.

Usaha untuk merealisasikan Impian Malaysia mesti diteruskan sehingga berjaya, dan kini sampailah giliran anda semua untuk meneruskan perjuangan ini.

Lim Kit Siang

Dalam Bahasa Mandarin

民主行动党依斯干达公主城国会议员林吉祥于2022年3月20日于民主行动党第17届全国代表大会上发表的演说:

我要借着这个机会宣布退休。我退出今天的中委会选举,请将您手上的候选人名单第39号删除。同时,我也不会在接下来的国会或州议会选举中上阵。

我在党内已有56年了 – 两天前正是我们的56周年党庆 – 看着它从一个小小的反对党,在1969年全国大选初试啼声,到2018年成为一个主流政党,连同希望联盟在第14届全国大选夺下中央以及7个州的执政权。

刚刚过去的柔佛州选举再次提醒我们,要实现一个团结、民主、公正及世界级的伟大马来西亚理想是个很漫长的政治斗争,我们面对许多的起起伏伏、有所得亦有所失。但更重要的是我们必须目标一致,对我们的原则与理念绝不退让。

我们代表着马来西亚人民的希望与理想。人民渴望看到马来西亚,因为我们在各个领域达到的骄人成就、或是因为善用我国的多元种族、宗教、文化及文明最优秀的价值和条件,而受到全世界的敬仰。而不是成为国际社会鄙视和嘲笑的对象,只因为我们沦落为一个由盗贼及无能政府统治的失败国家。

我们必须重燃对未来的展望与信心,坚定的相信我们手中其实握有改变在过去半个世记节节后退的国运的力量。

自民主行动党创党以来,没有任何时刻比当下更有必要确保党的团结、互助、信念和决心,以实现我们的马来西亚梦。

能够跟党内外众多爱国伙伴携手,在为建设一个伟大的马来西亚、实现马来西亚梦而开启的旅程风雨同路多年,是我的荣幸。

为实现马来西亚梦的斗争必须持续直至达成,而这未竟的事业就交给你们了.

林吉祥

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga merupakan anak kepada Lim Kit Siang mengumumkan tidak akan pertahankan jawatannya.

Tindakan ini dilihat sebagai langkah untuk mereformasikan DAP selepas kekalahan teruk dalam beberapa siri pilihanraya.

Namun selepas senarai penuh kepimpinan baharu diumumkan, ternyata reformasi DAP hanyalah ilusi.

Ternyata Dinasti Lim masih menguasai DAP!!!

 

Lim Kit Siang Umum Bersara Dari Politik, Atok Bila Lagi?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker