Tewas Di PRN Johor, Dr Mahathir Tuduh Orang Johor Mata Duitan

Tewas Di PRN Johor, Dr Mahathir Tuduh Orang Johor Mata Duitan

Tewas Di PRN Johor, Dr Mahathir Tuduh Orang Johor Mata Duitan

Dalam PRN Johor 2022, parti Pejuang menerima aib yang cukup besar.

Parti politik yang dipimpin oleh seorang veteran politik dan pernah menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 kali tewas dengan begitu teruk.

Parti Pejuang meletakkan seramai 42 orang calon di PRN Johor 2022.





Tetapi kesemua 42 orang calon Pejuang bukan sahaja tewas, malah gagal mendapat kembali duit deposit pilihanraya.

Sebelum ini Pengerusi Pejuang menyalahkan peratusan undi yang rendah sebagai alasan Pejuang kalah.

Kini alasan itu ditukar pula dengan tuduhan bahawa kononnya pengundi Johor mata duitan.

“Dekat Johor, kita (Pejuang) tidak ada duit”.

“Orang lain semua bagi duit”.





“Bila kita telefon orang (untuk) mengundi Pejuang,  dia tanya berapa nak bagi”.

“Dia (pengundi) kata UMNO bagi RM200, kita nak bagi berapa”.

“Kita kata kita tak boleh bagi apa pun, kita tak ada duit tetapi kita berjuang untuk bangsa kita, untuk negara kita”.

“Dia tidak undi kita, dia nampak RM200”.

“Sedangkan RM200 itu berapa hari nak tahan,” dakwa Dr Mahathir.





Tuduhan Dr Mahathir adalah serius, pertama menuduh pengundi Johor mata duitan dan kedua menuduh UMNO membeli pengundi dengan duit.

Kita mahu Dr Mahathir buktikan kebenaran tuduhan beliau.

Namun Edisi Siasat yakin, tuduhan Dr Mahathir merupakan fitnah semata-mata.

Ibarat orang yang suka menipu, pasti akan anggap orang lain juga berperangai menipu.

Samalah seperti Dr Mahathir yang selama ini mengamalkan rasuah politik, pasti sentiasa anggap parti lain juga mengamalkan perkara yang sama.





Hakikatnya, rakyat Johor tolak Pejuang bukan kerana Pejuang tidak bagi duit, tetapi adalah kerana penolakan kepada Dr Mahathir sendiri.

Inilah hakikat yang perlu Dr Mahathir hadamkan.

 

Tewas Di PRN Johor, Dr Mahathir Tuduh Orang Johor Mata Duitan

 

Disyorkan Untuk Anda :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker