Muhyiddin Di Tolak Semua Parti Tapi Tetap Di Puja Hadi

Muhyiddin Di Tolak Semua Parti Tapi Tetap Di Puja Hadi

Muhyiddin Di Tolak Semua Parti Tapi Tetap Di Puja Hadi

Kenyataan Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir, mengenai perjumpaan beliau dengan Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah ianya sudah diduga.

Tidak kira siapa yang mahu berjumpa siapa, tapi bagi Edisi Siasat, 2 fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa.

Pertama, nafsu Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri masih besar.





Kedua, walau pun mendakwa mempunyai jumlah ahli parlimen paling ramai, tetapi ianya bukanlah kekuatan sebenar Perikatan Nasional yang mampu memikat parti lain untuk berkerjasama.

Usai pertemuan dengan Muhyiddin, Dr Mahathir secara jelas memperlekehkan Muhyiddin dengan mengatakan pencapaian beliau sebagai Perdana Menteri sangat buruk.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata tiada peluang kedua bagi Presiden Bersatu itu susulan tindakan tikam belakang serta mengkhi­anati gabungan kerjasama.

“Pasti tidak akan kerjasama, mana boleh percaya dengan dia lagi?”

“Kita tidak yakin kerana dia janji ‘tidak serupa bikin,” katanya.





Presiden Warisan Shafie Apdal pula mendedahkan, Muhyiddin menghubunginya, dipercayai bagi membentuk kerjasama baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau sudah memberikan kata putus menolak permintaan tersebut selepas apa yang berlaku sebelum ini.

Sebelum itu, Presiden PKR secara tuntas telah menolak sebarang cadangan kerjasama dengan Muhyiddin.

Bagi UMNO pula, dulu, kini dan selamanya tidak akan berkerjasama dengan pengkhianat seperti Muhyiddin dan PPBM.

Sangat jelas, sebab utama kesemua parti menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Muhyiddin adalah kerana melabelkan Muhyiddin dan PPBM adalah pengkhianat.





Tetapi dengan menyanyikan modal ‘penyatuan ummah’, Presiden PAS, Hadi Awang, masih lagi ‘taat’ kepada yang satu, Mahiaddin @ Muhyiddin Md Yasin.

Kesemua parti melabelkan Muhyiddin sebagai Bapa Pemgkhianat tetapi Hadi Awang mengangkat Muhyiddin sebagai ‘khalifah perpaduan’…😂😂😂

Kenapa?

Apabila iman dan ketakwaan sudah dapat dibeli dengan pangkat dan kesenangan, maka itulah akbiatnya.

 





Muhyiddin Di Tolak Semua Parti Tapi Tetap Di Puja Hadi

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker