Wan Ahmad Fahysal Dakwa PPBM Telah Berjaya Gantikan UMNO

Wan Ahmad Fahysal Dakwa PPBM Telah Berjaya Gantikan UMNO

Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fahysal dakwa PPBM melalui PN telah berjaya sepenuhnya menggantikan UMNO di dalam politik Melayu.

Tambah Wan Fahysal lagi, budaya politik buruk dan budaya politik perkauman yang dibawa oleh UMNO adalah punca kenapa UMNO semakin ditolak.

Maka di sinilah PPBM melalui PN telah berjaya mengisi ruang yang kosong itu.





Beliau menambah, kejayaan PN mengisi ruang yang kosong itu kerana PPBM berjaya menyediakan satu zon selesa kepada pengundi Melayu.

Fahysal juga mendakwa amalan feudal yang wujud di dalam UMNO juga membuatkan parti itu semakin ditolak oleh pengundi Melayu.

Edisi Siasat tidak pasti dari mana Wan Fahysal mendapat maklumat atau fakta untuk membuat dakwaan sebegitu.

Cuma kami harap beliau tidak mengeluarkan kenyataan selepas minum air ketum…πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

Beliau mendakwa PPBM telah berjaya menggantikan UMNO.





Satu saja soalan dari kami, selepas PRU 14, dalam pilihanraya mana PPBM telah berjaya tewaskan UMNO…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Beliau juga mendakwa budaya politik buruk di dalam UMNO telah menyebabkan PPBM berjaya menggantikan UMNO di kalangan bangsa Melayu.

Satu lagi soalan dari Edisi Siasat, majoriti pengundi di Johor adalah Melayu.

Johor adalah kubu kuat Presiden PPBM dan Pengerusi PN, berapa banyakkah kerusi UMNO yang berjaya PPBM rampas…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Semuga di masa akan datang, Wan Fahysal melihat dahulu fakta dan data sebelum membuat kenyataan yang hanya membodohkan diri sendiri.





 

Wan Ahmad Fahysal Dakwa PPBM Telah Berjaya Gantikan UMNO

 

Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker