Ismail Sabri Di Aibkan Di Dubai, Saifuddin Dan Hadi Mesti Bertanggungjawab

Ismail Sabri Di Aibkan Di Dubai, Saifuddin Dan Hadi Mesti Bertanggungjawab

Ismail Sabri Di Aibkan Di Dubai, Saifuddin Dan Hadi Mesti Bertanggungjawab

Kelaziman protokol negara di dunia apabila menerima kunjungan dari pembesar negara asing, ianya akan dilayan sebagai tetamu negara.

Apa lagi kalau yang membuat kunjungan otu adalah ketua kerajaan.

Bermula dari menyambut ketibaan tetamu sehinggalah tetamu negara tersebut meninggalkan negara tuan rumah.





Tetapi kita dikejutkan dengan sambutan tuan rumah ke atas  Ismail Sabri yang membuat kunjungan rasmi ke Dubai.

Ismail Sabri hanya disambut oleh Duta Besar, Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid.

Tiada wakil dari negara tuan rumah untuk mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia ke Dubai.

Apa sudah jadi, apakah Perdana Menteri Malaysia tidak dialu-alukan kedatangannya?

Apakah Perdana Malaysia Tidak Di Anggap Sebagai Kenamaan Asing?

Mengikut sumber, pihak Malaysia sudah dinasihatkan oleh Kerajaan UAE supaya menangguhkan lawatan ke Dubai.





Ini adalah kerana waktu itu Kerajaan UAE sedang mengadakan Expo Dunia Dubai 2021 dan ramai kenamaan asing mengunjungi UAE.

Persoalannya, apakah Perdana Menteri Malaysia tidak dianggap sebagai kenamaan asing oleh Kerajaan UAE?

Ke manakah perginya Duta Khas Malaysia ke negara Arab, Hadi Awang?

Apa peranan yang telah beliau lakukan untuk memastikan lawatan rasmi Perdana Menteri tidak diaibkan sebegitu rupa?

Sudahkah beliau menghubungi pihak kedutaan dan Kerajaan UAE sebelum lawatan rasmi untuk memastikan segalanya lancar?





Dan apakah Menteri Luar Saifuddin Abdullah tidak maklum dengan nasihat yang telah diberikan oleh Kerajaan UAE?

Atau apakah sambutan dingin ini berpunca dari Saifuddin sendiri?

Kita masih tidak melupakan, di era PH, Saifuddin pernah keluarkan kenyataan beliau tidak suka berurusan dengan negara Arab.

Apakah disebabkan kenyataan yang beliau keluarkan ketika itu atas kapasiti Menteri Luar Malaysia telah membuatkan negara Arab marah?

Yang sepatutnya mengambil tanggungjawab dan meletak jawatan ialah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dan Duta Khas, Hadi Awang.





Mengapa pula dua diplomat kanan, Mohd Tarid dan Mohd Hasril mesti dikambing hitamkan?

Apakah tindakan itu kerana kerana hendak menutup kesalahan Saifuddin dan Hadi?

Sampai bila penjawat awam mesti menjadi mangsa atas kesalahan yang dibuat oleh menteri atau duta bertaraf menteri!!!

 

Ismail Sabri Di Aibkan Di Dubai, Saifuddin Dan Hadi Mesti Bertanggungjawab

 





Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker