Muhyiddin: PM Tak Boleh Bubar Parlimen Tanpa Restu PN

Muhyiddin: PM Tak Boleh Bubar Parlimen Tanpa Restu PN

Muhyiddin: PM Tak Boleh Bubar Parlimen Tanpa Restu PN

Muhyiddin @ Mahiaddin mengingatkan Ismail Sabri bahawa parlimen tidak bileh dibubarkan tanpa mendapat restu dari PN.

Beliau mendakwa ianya antara persetujuan yang dicapai dalam perbincangan dengan Ismail Sabri baru-baru ini.

Turut hadir Presiden PAS Hadi Awang, Presiden Star Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Dominic Lau.





“Saya mengingatkan PM bahawa PN hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran parlimen”.

“PM memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara,” jelas Muhyiddin.

Seperkara yang hendak Edisi Siasat jelaskan di sini ialah, kerjasama dengan PN adalah untuk pertahankan kerajaan yang dibentuk.

Kita tidak nampak keperluan untuk mendapatkan ‘restu’ Muhyiddin atau PN dalam membubarkan parlimen.

Apabila parlimen dibubarkan, ini kerjasama antara BN dan PN tamat  dengan sendirinya dan hubungan sekutu akan bertukar menjadi seteru.





Atas kapisiti apa Muhyiddin boleh merasakan beliau berhak untuk tentukan strategi UMNO?

Dan sejak bila pula Perdana Menteri mesti mendapatkan restu pihak ketiga untuk bubarkan parlimen?

Sejak bila pula kita mesti memberitahu musuh bila kita akan lakukan serangan ke atas mereka?

 

Muhyiddin: PM Tak Boleh Bubar Parlimen Tanpa Restu PN

 





Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker