Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa
Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa
Cuma tinggal satu lagi proses sebelum kita melihat Taufiq Ayman, suami mantan Gabenor BNM, Zeti Aziz diheret ke mahkamah.
Pengarah JSJ Komersial Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata pihak polis sudah melengkapkan kertas siasatan.
Ianya telah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya, termasuk dari sudut Bantuan Perundangan Bersama (MLA).
MLA diperlukan, agar dokumen dan keterangan yang diperoleh oleh PDRM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Singapura, boleh diterima di mahkamah.
Pihak CAD Singapura telah memberikan kerjasama baik.
“Kami juga mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan bagi tujuan siasatan,” jelas beliau lagi.
Tawfiq disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Beliau juga akan didakwa di bawah seksyen yang sama.
Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa
Disyorkan Untuk Anda :
- Muhyiddin: PM Tak Boleh Bubar Parlimen Tanpa Restu PN
- Ismail Sabri Di Aibkan Di Dubai, Saifuddin Dan Hadi Mesti Bertanggungjawab
- Saifuddin Beri Bayangan PH Akan Terima Kembali PPBM
- Syarat Mahathir Untuk Sokong Akta Anti Lompat Parti
- Akta Anti Lompat Parti: Muhyiddin Menyokong Dengan Hujah Membantah Di Parlimen
- Wan Ahmad Fahysal Dakwa PPBM Telah Berjaya Gantikan UMNO