152 cedera dalam pertempuran di masjid Al-Aqsa

152 cedera dalam pertempuran di masjid Al-Aqsa
Pasukan keselamatan Israel menahan seorang warga Palestin di pintu masuk masjid al-Aqsa yang kini disekat. Ratusan warga Palestin cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Israel selepas solat Jumaat. – Foto AFP

152 cedera dalam pertempuran di masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Penunjuk perasaan Palestin dan polis Israel bertempur buat kali pertama sejak permulaan Ramadan di perkarangan masjid Al-Aqsa dengan sekurang-kurangnya 152 cedera setakat ini.

Polis Israel berkata, sebelum subuh lagi berpuluh-puluh lelaki bertopeng berarak ke Al-Aqsa sambil melaungkan slogan menghasut dan membakar bunga api sebelum orang ramai melontar batu ke arah Tembok Barat yang dianggap sebagai tapak paling suci orang Yahudi berdoa.

“Mereka juga dikatakan mengumpul batu, papan kayu dan objek besar untuk merusuh, namun pasukan polis menunggu sehingga solat Jumaat selesai.

“Kemudian orang ramai mula membaling batu ke arah Tembok Barat dan ketika keganasan meningkat, polis terpaksa memasuki kawasan sekitar masjid,” katanya sambil menambah polis tidak memasuki masjid.





Bulan Sabit Merah Palestin berkata, warga Palestin yang cedera sudah dibawa ke hospital di Baitulmaqdis dan ada lagi yang cedera masih terlantar di tempat kejadian manakala polis Israel berkata tiga pegawainya cedera.

Saksi berkata, penunjuk perasaan Palestin membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel, yang melepaskan peluru bersalut getah ke arah sebahagian daripada mereka.

Seorang jurugambar AFP berkata, lebih 100 warga Palestin dilihat melontar peluru ke arah pasukan keselamatan Israel

Pertempuran terbaru berlaku selepas tiga minggu keganasan maut di Israel dan Tebing Barat yang diduduki dan ketika perayaan Paskah Yahudi dan Paskah Kristian bertindih dengan Ramadan, bulan suci umat Islam berpuasa.

Sebelum Ramadan bermula, Israel dan Jordan, yang bertindak sebagai penjaga tempat suci di timur Baitulmaqdis, meningkatkan perbincangan dalam usaha mengelak keganasan berulang.





Tahun lalu semasa bulan puasa, umat Islam bertempur dengan tentera Israel dalam konflik dahsyat selama 11 hari antara Israel dan penguasa Islam Semenanjung Gaza, Hamas. – AFP

152 cedera dalam pertempuran di masjid Al-Aqsa


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker