Afrika Selatan sedia dana kecemasan bantu mangsa banjir

Afrika Selatan sedia dana kecemasan bantu mangsa banjir
DURBAN: Pihak berkuasa Afrika Selatan mengeluarkan dana kecemasan untuk membantu puluhan ribu orang yang kehilangan tanpa tempat tinggal, air dan elektrik.
Lebih 40,000 orang terkesan akibat banjir kilat yang menghanyutkan rumah dan jalan serta mengorbankan hampir 400 orang di pantai timur negara itu.
Menteri Kewangan, Enoch Godongwana memberitahu stesen TV Newsroom Africa bahawa AS68.30 juta (RM289 juta) untuk bantuan kecemasan tersedia bagi kegunaan segera.
“Kami masih pada peringkat bantuan kecemasan dan memerlukan kepantasan dalam perkara ini.
“Fasa pertama ialah mendapatkan profesional untuk membuat penilaian terhadap kerosakan dan kos, manakala fasa kedua ialah pemulihan dan pembaikan,” katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa tempatan juga menganggarkan kerosakan pada beberapa bilion rand dan lebih banyak lagi akan menyusul.
Banjir minggu ini di Wilayah Kwazulu-Natal memutuskan talian elektrik, menjejaskan bekalan air, mengganggu operasi di satu pelabuhan paling sibuk di Afrika dan lebuh raya serta pantai berselerak dengan serpihan.
Pihak berkuasa tempatan menganggarkan 395 orang terkorban setakat ini dan angka kematian mungkin meningkat.
Setakat ini, lebih 40,000 orang terjejas dan wilayah itu diisytiharkan kawasan bencana bagi membolehkan dana bantuan kecemasan mula mengalir.
Ketika Lautan Hindi semakin panas disebabkan oleh pelepasan gas penangkap haba oleh manusia, saintis percaya ia menyebabkan ribut yang dahsyat dan banjir besar melanda pantai barat daya Afrika, satu trend yang mungkin bertambah teruk dalam beberapa dekad akan datang.
Aktivis perubahan iklim tempatan menggesa pelaburan yang lebih besar untuk membantu komuniti lebih bersedia menghadapi kejutan cuaca. – REUTERS
Afrika Selatan sedia dana kecemasan bantu mangsa banjir
Disyorkan Untuk Anda :