Dua wakil negara mara separuh akhir Masters Korea

Dua wakil negara mara separuh akhir Masters Korea
Pemain perseorangan lelaki profesional, Soong Joo Ven. – Foto ihsan FB BAM

Dua wakil negara mara separuh akhir Masters Korea

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional, Soong Joo Ven dan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terus mengibarkan cabaran Malaysia di Masters Korea hari ini selepas masing-masing mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Joo Ven mengekalkan rentak kecemerlangannya dalam kejohanan kali ini apabila mengesahkan tempat dalam kelompok empat terbaik dengan menewaskan pemain Israel, Misha Zilberman 23-21, 21-18 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Gwangju Yeonju.

Pemain ranking ke-77 dunia itu akan bertemu Kodai Naraoka dari Jepun bagi perebutan tempat ke final, esok.

Sementara itu, Soon Huat-Shevon yang diletakkan sebagai pilihan keempat menepati ramalan apabila menundukkan pasangan Singapura, Terry Hee-Tan Wei Han 21-16, 21-11.





Mereka bagaimanapun dijangka berdepan tugas sukar dalam aksi separuh akhir apabila dijadual bertemu gandingan China, Ou Xuan Yi-Huang Ya Qiong.

“Secara keseluruhannya prestasi kami hari ini sangat sempurna dari segi taktikal dan teknikal. Walaupun kami mengalami prestasi turun naik sejak beberapa minggu lalu tetapi kami menghadapinya bersama dan belajar daripada pengalaman.

“Untuk perlawanan separuh akhir, kami akan buat persiapan yang lebih dari aspek mental kerana kami jangkakan ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Kami juga akan bersedia dengan strategi permainan kami nanti,” kata Shevon.

Dua wakil negara mara separuh akhir Masters Korea


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker