E-sukan sasar satu emas di Sukan SEA Hanoi

E-sukan sasar satu emas di Sukan SEA Hanoi
KUALA LUMPUR: Skuad e-sukan negara ke Sukan SEA Hanoi di Vietnam, memperbaharui matlamat mereka apabila tampil dengan sasaran lebih relevan dan berani untuk membawa pulang satu pingat emas dan tiga gangsa.
Pengurus pasukan, Kelvin Pang berkata, jumlah terkini yang mengatasi sasaran awal iaitu hanya empat pingat, diputuskan pada bengkel penetapan sasaran akhir berlangsung baru-baru ini.
Beliau berkata harapan untuk meraih pingat emas itu disandarkan kepada Ahmad Syafiq Imran Mohamad atau lebih dikenali sebagai ‘QB’ di gelanggang maya, menerusi permainan Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile individu.
“Untuk gangsa kita sasar pada Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Wild Rift dan Arena Of Valor (AOV). Untuk AOV pada edisi 2019 kita dapat nombor empat jadi tahun ini saya rasa kita boleh usaha dapatkan gangsa, lagi pun dua pemain sebelum ini masih kekal dalam skuad sekarang.
E-sukan sasar satu emas di Sukan SEA Hanoi
Disyorkan Untuk Anda :