Hainan sasar jadi kemudahan pelancaran angkasa taraf dunia

Hainan sasar jadi kemudahan pelancaran angkasa taraf dunia
Roket Long March-5 dalam misi ke planet Marikh, Tianwen-1, adalah antara misi yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di Hainan, China. – Foto AFP

Hainan sasar jadi kemudahan pelancaran angkasa taraf dunia

WENCHANG: China mahu menjadikan pusat pelancaran kapal angkasa lepas di pulau Hainan sebagai fasiliti berkelas dunia menerusi usaha inovasi.

Demikian kata Presiden Xi Jinping selepas diberi taklimat mengenai pusat pelancaran Wenchang serta misi angkasa lepas sempena lawatannya ke wilayah selatan China itu.

Menurut beliau, selaku tapak pelancaran roket pembawa tujahan tinggi generasi baharu, Wenchang berperanan penting dalam penjelajahan angkasa jauh dan diiktiraf sebagai komponen utama sistem aeroangkasa negara.

“Keberanian dan inisiatif adalah perlu untuk melakukan inovasi yang kreativiti bagi melonjakkan prestasi industri aeroangkasa negara menerusi pemodenan,” kata Xi ketika majlis ramah mesra dengan staf pusat berkenaan.





Beliau turut mengingatkan staf supaya menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi aeroangkasa, sekali gus membawa misi yang lebih besar dengan menyasarkan teknologi bertaraf dunia.

China dijangka menyiapkan pembinaan stesen angkasa lepas pada tahun ini selepas kapal kargo Tianzhou-4 dan Tianzhou-5 serta modul eksperimen Wentian dan Mengtian dilancarkan dari Wenchang.

Xi mahu pusat berkenaan supaya melakukan persiapan rapi bagi memastikan misi pelancaran itu berjaya.

Terdahulu, pusat pelancaran Wenchang berjaya melengkapkan pelbagai misi ke angkasa lepas termasuk modul teras stesen angkasa Tianhe, prob eksplorasi bulan Chang’e-5, dan prob penyelidikan Marikh Tianwen-1. – BERNAMA

Hainan sasar jadi kemudahan pelancaran angkasa taraf dunia


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker