Janin bertali pusat ditemui di kawasan penapisan sampah

Janin bertali pusat ditemui di kawasan penapisan sampah
– Foto hiasan

Janin bertali pusat ditemui di kawasan penapisan sampah

TANJUNG MALIM: Janin bayi yang masih bertali pusat ditemui di atas besi penapisan sampah dipercayai dibuang melalui lubang tandas di Kota Malim Prima, dekat sini, hari ini.

Janin terbabit ditemui pekerja syarikat kumbahan semasa menjalankan pembersihan di Sistem Penapisan Loji Kumbahan Indah Water, sebelum dimaklumkan kepada pihak polis..

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan janin bayi itu kira-kira jam 11 pagi tadi.

Mengulas lanjut, katanya lokasi kejadian adalah kawasan loji kumbahan air berkeluasan kira-kira 0.4 hektar dalam kawasan berpagar dan berkunci.





“Hasil siasatan, janin terbabit dipercayai dibuang melalui lubang tandas dan masuk melalui saluran kumbahan.

“Sisa kumbahan loji berkenaan pula berpunca daripada taman perumahan dan kawasan perindustrian Kota Malim Prima,” katanya selepas Majlis Iftar Ketua Polis Perak Bersama lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Muallim, Tapah, Manjung, Hilir Perak dan Kampar di Balai Polis Tanjung Malim, hari ini.

Mengulas lanjut penemuan janin terbabit, Mior Faridalathrash berkata, siasatan lanjut mendapati janin berukuran sembilan sentimeter itu tidak cukup sifat dan masih bertali pusat, serta dianggarkan beryusia bawah 23 minggu.

“Janin terbabit kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan siasatan lanjut akan diteruskan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan dan membuang bayi,” katanya.

Terdahulu, berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Muallim antara penyandang, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman kepada Timbalannya, Deputi Superintendan Koo Tai Chew, yang akan memangku tugas berkenaan.





Janin bertali pusat ditemui di kawasan penapisan sampah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker