JDT kenduri gol belasah Guangzhou FC

JDT kenduri gol belasah Guangzhou FC
Ramadhan Saifullah (kiri) meraikan jaringan gol kelima JDT bersama Bergson Da Silva. – NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JDT kenduri gol belasah Guangzhou FC

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol apabila membelasah kelab China, Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu meletakkan skuad Benjamin Mora mendahului Kumpulan I selepas aksi Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale berkesudahan seri 1-1 pada aksi petang tadi.

Skuad Harimau Selatan yang menguasai permainan sebaik babak pertama bermula, menunjukkan kesungguhan memburu kemenangan apabila Bergson Da Silva cuba menguji penjaga gol, Guangzhou FC, He Lipan pada minit kelapan menerusi bola rembatan jarak 30 meter.

Serangan bertali arus skuad JDT membuahkan hasil pada minit ke-10 selepas bola sepakan lintang Shane Lowry di posisi sayap kiri menyaksikan Bergson yang tidak dikawal, melonjak tinggi untuk menewaskan Lipan.





Tuan rumah terus mengganas pada minit ke-13 apabila percubaan Fernando Forestieri selepas menerima bola umpanan Bergson, merembat kencang walaupun pada awalnya di tampan Lipan tapi usaha penjaga gol itu menangkap semula bola gagal sebaliknya tertolak bola masuk ke gawang sendiri.

JDT kenduri gol belasah Guangzhou FC
Pemain JDT, Fernando Forestieri ketika menjaringkan gol pada aksi menentang pasukan Guangzhou FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. – NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Pemain JDT, Corbin Ong (kiri) dijatuhkan pemain lawan, Ning Haoxu pada aksi Liga Juara-Juara Asia di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. – NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Pemain JDT, Bergson Da Silva meraikan jaringan gol ketika aksi menentang Guangzhou FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. – NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Bergson menambah derita skuad bimbingan Pan Yong He apabila mencetak gol kedua pada minit ke-27 berpunca daripada bola lorongan Afiq Fazail yang membolehkan pemain import dari Brazil itu memperdaya benteng pelawat sebelum merembat bola tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Lipan.

Bersambung babak kedua, anak didik Mora terus menggandakan asakan dengan memberi tekanan terhadap benteng Guangzhou FC dan usaha itu membuahkan hasil apabila Bergson mencatat hatrik pada minit ke-55 apabila tandukannya menewaskan Lipan, berpunca daripada bola sepakan lintang Corbin Ong.

Guangzhou FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke 68 selepas Guan Haojin dilayangkan kad merah pengadli, Mohammed Khled S Al Hoish kerana mengasari Bergson.

Pemain gantian Ramadan Saifullah turut mencetak nama selalu penjaring pada minit ke-81 selepas bertindak menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan bingkas melencongkan bola memperdayakan Lipan untuk memastikan kemenangan 5-0 memihak JDT.





Pemain JDT, Ramadhan Saifullah meraikan jaringan gol bersama rakan pasukan selepas membelasah Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. – NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Sementara itu, Ulsan Hyundai dari Republik Korea dan Kawasaki Frontale dari Jepun terikat 1-1 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, petang tadi.

Pemain gantian Shintaro Kurumaya menjadi penyelamat skuad kendalian Toru Oniki apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir perlawanan selepas bintang import Ulsan Hyundai, Leonardo Nascimento mencipta gol pada minit pada minit ke-21.

Keputusan:

Ulsan Hyundai 1-1 Kawasaki Frontale

JDT 5-0 Guangzhou FC

JDT kenduri gol belasah Guangzhou FC
Pemain Ulsan Hyundai, Jun Amano (tengah) cuba melepasi pemain pertahanan Kawasaki Frontale pada perlawanan pertama kumpulan I Liga Juara-Juara Asia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. – Foto BERNAMA

JDT kenduri gol belasah Guangzhou FC






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker