Kanak-kanak autisme dikhuatiri hilang di hutan

Kanak-kanak autisme dikhuatiri hilang di hutan
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak autisme berusia lima tahun dilaporkan hilang di hutan Kampung Malawa di Jalan Sepanggar, di sini, hari ini.
Mangsa, Jayden Gabriel Peter dilaporkan hilang di hutan berkenaan kira-kira jam 3 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.03 petang.
Katanya, seramai tujuh anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, dikerah ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurutnya, mangsa adalah kanak-kanak autisme dan menurut saksi kali terakhir mangsa dalam keadaan tidak memakai baju dan seluar.
“Operasi pencarian sedang dijalankan bersama pasukan polis dan orang kampung di kawasan belakang rumah mangsa dan sepanjang sungai berhampiran.
“Setakat ini, kanak-kanak terbabit belum ditemui dan pos kawalan diwujudkan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Kanak-kanak autisme dikhuatiri hilang di hutan
Disyorkan Untuk Anda :