Lapor kejadian tunggang motosikal separuh bogel

Lapor kejadian tunggang motosikal separuh bogel
AKSI dua individu dipercayai warga asing yang menunggang motosikal dalam keadaan menjolok mata di sekitar Kuala Terengganu dirakam pengguna jalan raya dan tular di Facebook

Lapor kejadian tunggang motosikal separuh bogel

Kuala Terengganu: Polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai dua individu dipercayai warga asing menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel agar tampil membuat laporan untuk siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, setakat ini tiada laporan diterima dan pihaknya maklum mengenai gambar pasangan itu yang tular di media sosial sejak Rabu lalu.

“Berdasarkan gambar yang dirakam pengguna jalan, kejadian dipercayai berlaku di sekitar pusat bandar raya ini, namun kita tidak menerima sebarang laporan.

“Kita memandang serius kejadian ini. Walaupun mereka dipercayai warga asing, mereka perlu memahami dan menjaga sensitiviti serta budaya kita, apatah lagi pada bulan Ramadan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.





Sebelum ini aksi pasangan itu hangat diperkatakan di media sosial apabila lelaki hanya memakai seluar pendek, manakala pembonceng wanita berpakaian dalam.

Lapor kejadian tunggang motosikal separuh bogel


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker