Mayat lelaki ditemui di Jalan Sepang-Salak disyaki dibunuh

Mayat lelaki ditemui di Jalan Sepang-Salak disyaki dibunuh
Mayat seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh di Jalan Sepang-Salak hari ini. – Foto PDRM

Mayat lelaki ditemui di Jalan Sepang-Salak disyaki dibunuh

PUTRAJAYA: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan terbaring dengan luka pada perut serta tangannya berikat kabel wayar di tepi Jalan Sepang-Salak, di sini hari ini.

Mayat mangsa ditemui berhampiran pondok pengawal di lokasi terbabit yang jauh dari penempatan dan dikelilingi kelapa sawit, sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan mayat itu jam 8.32 pagi tadi, sebelum sepasukan anggota bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata, pemeriksaan pada fizikal mayat tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri, namun mangsa dipercayai berumur dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.





“Ketika ditemui, mangsa memakai baju T berkolar warna putih dan seluar panjang hitam, dengan pelitup muka tersangkut di bawah dagu.

“Pemeriksaan pada tubuh juga menemui kecederaan pada bahagian perut kanan dan kiri, manakala bahagian usus terkeluar pada sebelah kiri perut si mati.

“Ketika polis tiba darah masih mengalir dan hasil semakan bersama pekerja kontraktor binaan jalan Sepang-Salak mengesahkan kali terakhir mereka melihat kawasan itu dalam keadaan baik semalam,” katanya.

Wan Kamarul berkata, sehingga kini motif kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang untuk membantu siasatan,” katanya.





Mayat lelaki ditemui di Jalan Sepang-Salak disyaki dibunuh


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker