Mercun: Pelajar hilang tiga jari, pecah gegendang telinga

Mercun: Pelajar hilang tiga jari, pecah gegendang telinga
Pelajar Tingkatan Dua hilang tiga jari dan cedera gegendang telinga apabila mercun bola meletup di tangan di Kampung Beris Kubor Besar, Bachok. – Foto NSTP/Ihsan pembaca

Mercun: Pelajar hilang tiga jari, pecah gegendang telinga

BACHOK: Seorang pelajar Tingkatan 2 di Beris Kubor Besar, di sini hilang tiga jari selain pecah gegendang telinga akibat bermain mercun, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa yang berusia 14 tahun hilang ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah dan dirujuk kepada doktor pakar telinga.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian tangan kanan akibat bahan letupan dan kesan luka di leher akibat percikan bahan bakar.

“Mangsa dipercayai bermain mercun bola di hadapan rumahnya di Kampung Lembah, Beris Kubur Besar, petang semalam.





“Dia dipercayai tidak sempat membaling mercun itu dan meletup (di tangan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Ismail berkata abang mangsa kemudiannya membawa pelajar berkenaan ke Klinik Kesihatan Beris Kubor Besar, Tawang.

“Mangsa dilaporkan stabil dan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa sudah menjalani pembedahan membuang ketiga jarinya itu dan kini dalam pemerhatian pakar.

“Sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian.





“Polis berharap masyarakat ambil berat keselamatan diri serta orang lain dan tidak bermain mercun,” katanya.

Mercun: Pelajar hilang tiga jari, pecah gegendang telinga


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker