Pemandu maut rempuh kontena atas lebuh raya

Pemandu maut rempuh kontena atas lebuh raya
Klang: Seorang lelaki berusia 36 tahun maut dalam satu kemalangan membabitkan dua lori kontena di Kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Banting, malam tadi.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kemalangan itu, pasukannya dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP (Andalas) segera ke lokasi.
“Siasatan mendapati, kemalangan membabitkan dua lori kontena itu berlaku kira-kira jam 11.34 malam.
“Kejadian berlaku apabila kontena dari lori pertama terjatuh dan merentangi jalan lalu dilanggar lori kontena kedua yang datang dari arah bertentangan.
“Susulan kejadian itu, pemandu lori kontena kedua tersepit dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Norazam berkata, bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa.
“Mangsa seorang warga tempatan diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.
“Pemandu lori kontena pertama juga seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun hanya mengalami kecederaan,” katanya.
Pemandu maut rempuh kontena atas lebuh raya
Disyorkan Untuk Anda :