Penduduk Shanghai protes dasar COVID-19 yang teruk

Penduduk Shanghai protes dasar COVID-19 yang teruk
SHANGHAI: Penduduk tempatan bergelut dengan polis berpakaian perlindungan diri (PPE) yang mengarahkan mereka menyerahkan rumah kepada pesakit COVID-19.
Tindakan terbaru pihak berkuasa itu meningkatkan rasa tidak puas hati mengenai dasar tindak balas virus China yang terlalu tegar sehingga menekan penduduk.
Ini berikutan pihak berkuasa bergegas membina puluhan ribu katil untuk menempatkan pesakit COVID-19 kerana jangkitan harian melebihi 20,000 kes berbanding negara lain yang sudah membiasakan diri hidup dengan virus itu.
Semalam, satu video tersebar menunjukkan penduduk di luar perkarangan kediaman mereka menjerit ke arah pegawai keselamatan yang cuba menembusi barisan mereka.
Menurut Zhangjiang Group, pemaju kompleks perumahan terbabit, pertembungan bermula selepas pihak berkuasa mengarahkan 39 isi rumah berpindah keluar dari rumah mereka untuk menempatkan pesakit coronavirus.
Kumpulan Zhangjiang berkata ia sudah memberi pampasan kepada penyewa dan memindahkan mereka ke unit lain di kawasan yang sama.
Pemaju juga menyedari bahawa video berkenaan viral media sosial dan menjelaskan keadaan kini sudah reda selepas beberapa penyewa cuba menghalang pembinaan pagar kuarantin.
Sejak awal April lalu, ramai orang yang terperangkap di Shanghai meluahkan kemarahan di media sosial mengenai kekurangan makanan, paksaan dikuarantin, pembunuhan haiwan peliharaan oleh pekerja kesihatan dan dasar yang memisahkan kanak-kanak dijangkiti daripada ibu bapa yang bebas virus.
Pegawai kesihatan Shanghai, Wu Qianyu, berkata terdapat hanya sembilan kes teruk, kebanyakannya golongan rentan.
Namun, pihak berkuasa berikrar bandar itu tidak akan ‘berehat’ dan menyediakan lebih daripada seratus kemudahan kuarantin baharu untuk menerima setiap orang yang disahkan positif. – AFP
Penduduk Shanghai protes dasar COVID-19 yang teruk
Disyorkan Untuk Anda :
Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa