Peniaga Bazar Aidilfitri Masjid Jamek teruja sambutan pelanggan

Peniaga Bazar Aidilfitri Masjid Jamek teruja sambutan pelanggan
SUASANA di Bazar Aidilfitri Masjid Jamek. FOTO Mohamad Ashyiq Haqimi.

Peniaga Bazar Aidilfitri Masjid Jamek teruja sambutan pelanggan

Kuala Lumpur: “Walaupun masih awal Ramadan, saya bersyukur kerana sambutan daripada pelanggan sangat meriah,” kata pemilik Lats Collection, Nor Hayati Muhamad, 54 tahun.

Dia yang sudah berniaga baju Melayu selama 15 tahun memanjatkan rasa syukur kerana sambutan tahun ini lebih meriah selepas berdepan pendemik Covid-19 selama dua tahun.

“Saya harap apabila hujung Ramadan nanti, lagi ramai pelanggan membeli baju Melayu di kedai saya.

“Ia sekali gus memberi nafas baru kepada perniagaan saya yang terjejas selama ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.





Seorang lagi peniaga baju Melayu di sekitar Masjid Jamek, Nur Zakirah Mohd Zainal, 22 tahun, berkata, dia terkejut dengan sambutan yang diterima pada minggu pertama berniaga di sini.

“Ini tahun ini pertama saya berniaga di sini (Bazar Aidilfitri Masjid Jamek), dan saya tidak memasang harapan tinggi untuk tahun pertama ini.

“Sebelum ini saya berniaga secara dalam talian sahaja, sekarang dengan platform yang saya ada, saya membuka buka kedai di sini, pada masa sama berniaga ‘online’.

“Saya harap kesemua stok berkurangan menjelang 10 Ramadan terakhir,” katanya .

Bagi Azman Usman, 29 pula dia dapat merasakan kemeriahan membeli belah yang luar biasa tahun ini.





Dia yang menjadi ejen jualan baju Melayu mengambil risiko menyewa tapak di Bazar Aidilfitri Masjid Jamek untuk pertama kali kerana percaya dengan rezeki Allah.

“Pada mulanya saya rasa agak takut untuk menyewa tapak di sini, tetapi selepas beberapa hari berniaga, sambutan yang diterima amat memberangsangkan.

“Dengan sambutan yang diterima, saya lebih bersemangat untuk terus berniaga.

“Lagipun, kita sudah masuk fasa peralihan ke endemik, orang ramai lebih bebas bergerak sambil mengikuti SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Peniaga Bazar Aidilfitri Masjid Jamek teruja sambutan pelanggan



​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker