Russia minta bantuan Brazil berhubung sekatan IMF, Bank Dunia, G20

Russia minta bantuan Brazil berhubung sekatan IMF, Bank Dunia, G20
Ibu pejabat Bank Dunia di Washington DC, Amerika Syarikat (AS). – Foto AFP

Russia minta bantuan Brazil berhubung sekatan IMF, Bank Dunia, G20

MOSCOW: Russia meminta Brazil mendapatkan sokongan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan G20 untuk membantu menentang sekatan yang dikenakan oleh Barat.

Menteri Kewangan Russia, Anton Siluanov, mengutus surat kepada rakan sejawatannya dari Brazil, Paulo Guedes, bagi mendapatkan sokongan itu, lapor Sputnik, yang memetik Agensi Berita Reuters.

“Kami menganggap bahawa krisis semasa berikutan sekatan ekonomi didorong oleh negara G7 mungkin memberi kesan berpanjangan melainkan kami mengambil tindakan bersama untuk menyelesaikannya,” menurut surat bertarikh 30 Mac itu.

Surat itu disampaikan kepada menteri Brazil oleh duta Russia ke Brazil pada Rabu lalu.





Menteri Russia itu dilaporkan menambah bahawa di sebalik tabir, IMF dan Bank Dunia sedang membincangkan kemungkinan untuk mengehadkan penyertaan Russia dalam proses membuat keputusan, malah memecat Moscow daripada kedua-dua badan itu.

Seorang wakil Kementerian Ekonomi Brazil memberitahu Reuters bahawa Brazil mahu Russia kekal sebagai sebahagian daripada perbincangan pelbagai hala.

Russia berdepan sekatan ekonomi dan kewangan yang ketat berikutan operasi ketenteraan khasnya di Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari lalu. – BERNAMA

Russia minta bantuan Brazil berhubung sekatan IMF, Bank Dunia, G20


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker