Sudah jatuh ditimpa tangga

Johan bersama isterinya, Sarepah diberikan notis tiga bulan bagi mengosongkan rumah sewa di Taman Mantau Indah 2, Seremban.

Sudah jatuh ditimpa tangga
Johan bersama isterinya, Sarepah diberikan notis tiga bulan bagi mengosongkan rumah sewa di Taman Mantau Indah 2, Seremban.

Sudah jatuh ditimpa tangga

KUALA LUMPUR: Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah situasi pelakon ‘mat saleh’ yang fasih berbahasa Melayu, Johan Abdullah, 73.

Bukan sahaja menderita penyakit Parkinson dan angin ahmar, kini terpaksa memikirkan tempat tinggal apabila pemilik rumah sewa di Seremban, Negeri Sembilan mahu menjualnya.

Johan tinggal bersama isteri, Sarepah Meriam Aboo, 49, dan dua cahaya mata, Abdullah Musa Johan, 11, dan Orchid Rohani Johan, 6.





Sarepah berkata, mereka diberi notis tiga bulan untuk mencari rumah baharu, selain mengosongkan rumah yang terletak di Taman Mantau Indah 2 itu.

“Dengan keadaan keterbatasan suami yang tidak boleh bekerja dan saya pula hanya seorang suri rumah, notis tiga bulan ini amat singkat.

“Saya cuba berunding meminta pemilik rumah sewa memanjangkan tempoh hingga tahun depan. Saya dan suami buntu memikirkannya, tambahan bulan puasa dan bakal menyambut Aidilfitri.

“Jadi, saya tak mampu nak menjangka apa yang bakal berlaku di hari mendatang. Lebih mengganggu fikiran keadaan kesihatan suami dan persekolahan anak.


​Disyorkan Untuk Anda :


“Kami menjadi penyewa berhemah dan tidak pernah menyusahkan pemilik rumah sejak menyewa pada 2008. Jika ada masalah kebocoran dan apa sahaja, kami atasi sendiri,” katanya kepada BH Online.





Sarepah berkata, dia pernah terlintas mahu membeli rumah yang disewa itu.

“Namun, ia bukan perkara mudah. Nak beli rumah atau sewa rumah baharu memerlukan duit bayaran pendahuluan.

“Saya mahu membina rumah kecil dua bilik atas tanah lima ekar peninggalan arwah ibu bapa di Kampung Gadong, tetapi tentulah ia mengambil masa untuk dibina.

“Pada satu tahap, saya terfikir nak tinggal di rumah teres kos rendah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Ia adalah rumah peninggalan arwah suami pertama yang disewa penyewa berkeluarga.

“Saya tidak tergamak pula mahu menyusahkan penyewa mencari rumah baharu,” katanya.






Kata Sarepah, rumah itu disewakan dengan kadar bayaran RM550.

“Dengan duit sewa RM550 itulah saya bayar sewa rumah ini sebanyak RM500 sebulan. Jadi, adalah baki RM50.

“Dua anak perempuan saya menerusi perkahwinan pertama ada membantu setakat termampu. Begitu juga anak Johan daripada perkahwinan pertamanya, membantu serba sedikit.

“Kalau dahulu, suami boleh berlakon, jadi adalah hasil pendapatan menampung kehidupan. Sebelum ini, kami juga dibantu badan tertentu termasuk bukan kerajaan,” katanya.

Kata Sarepah, suaminya yang berasal dari, Christchurch, New Zealand turut membuat kerja sambilan mengambil upah menyiapkan dokumen rasmi.





“Selain berlakon, duit upah menulis surat atau perjanjian rasmi antara punca rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, suami jatuh sakit ketika penularan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

“Suami alami serangan pertama pada 29 April 2020. Serangan seterusnya berperingkat-peringkat.

“Namun, serangan kali kelapan pada 2 Mac lalu paling teruk hingga membataskan pergerakannya. Nak bercakap pun susah,” katanya yang juga mempunyai penyakit tiroid dan slipped disc (cakera teranjak).

Sarepah berkata, dia bersyukur ada yang tampil membantu selepas kisah pergelutan hidup mereka disiarkan.





“Kami terharu, ada yang membantu di kalangan orang yang tidak dikenali. Ada pula yang mahu tolong bayarkan deposit rumah dan memberi sumbangan wang tunai.

“Di kalangan warga netizen juga ada menghubungi saya. Mereka memperoleh nombor telefon kerana pernah disiarkan di sebuah portal berita.

“Saya juga mendapat tahu guru sekolah anak turut menganjurkan derma kilat untuk membantu kami sekeluarga.

“Terima kasih kerana sudi membantu kami,” katanya.

Sudah jatuh ditimpa tangga


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker